Monday, 2 January 2017

Rahsia Bercuti ke Hong Kong Part 1 - Kita rancang dulu ...

Hong Kong Part 1 : Perancangan Awal 

Assalamualaikum w.b.t

Dear readers,

Project Gold Coast masih lagi ongoing. 
Masih di peringkat pengumpulan maklumat jadi untuk sementara waktu, meh saya cerita percutian kami di Hong Kong tempohari.

Tarikh percutian: 10 Dec 2016, Sabtu - 17 Dec 2016, Sabtu
Ahli rombongan : 2 dewasa, 2 remaja perempuan umur 15 dan 14 tahun
Total 4 orang dewasa

Alasan nak pergi Hong Kong?
1. Nak gi makan dim sum - kat sini pernah try kat Dolly Dim Sum, China Treasures (Sime Darby), Zuan Yuan Chinese Restaurant (One World Hotel)
2. Nak gi makan Nasi Goreng Cina di China - kekekeke
3. Nak hidup cara2 kota metropolitan Hong Kong
4. Disneyland - repeat
5. Shopping Citygate outlet. shopping lah sangat kekekeke
6. Nak naik tram
7. Macau

Dulu pernah sampai ke HK ni  tapi area Disneyland & Ocean Park saja. So kali nie jom kita tengok kehidupan di bumi China. Betul ke diaorg stay kat apartment yang kecik, kecik macamana? nak tau jugak. 

Mula mula sekali ... 

Untuk memudah kan acara membuat itinerari, kita kena faham bentuk geografi Hong Kong (yang sekarang ni part of China)
         
                                                                        China terbahagi kepada 4 kawasan

1. New Territories - Kota Shenzhen, Replika Noah's Ark (China-China)
2. Kowloon - Tsim Sha Tsui, Avenue of Stars, Symphony of Lights, Ladies Market 
3. Hong Kong Island - The Peak, Madame Tussaud, Longest escalator, Tram, Ocean Park, Masjid Ammar
4. Lantau Island - Airport, Disneyland, 360 Village Ngong Ping, Citygate Outlet 

*peta ehsan China Tourist maps



1. Tiket kapal terbang 
Nak pergi bulan November tapi bulan May dah beli dah via Airasia. Bajet beb bajet. Survey plg murah. Singgah singgah lah kat Skyscanner.
Harga seorang pergi balik RM840.00 termasuk bag 20kg, seat allocation tak amik, makan pun tak amik.

2 hari sebelum fly off buat web check in, baru pilih seat. Ikut nasib lah kalau dapat duduk sekali. Alhamdulillah dpt duduk dua-dua, sib baik anak dah besar. Kalau anak2 kecik kena lah beli seat kut, boleh duduk sama2.  Boleh tolong jaga anak sama2. Kalau anak dah tua bangka ...anak, ko jagalah diri sendiri yer.

2. Tempat Tinggal
10 Dec - 15 Dec Windsor Mansion, Chatham Road, Kowloon via https://www.klook.com/
12 Dec - 13 Dec Holiday Inn Macao Cotai Central via booking.com
15 Dec - 17 Dec Novotel Citygate Hotel via www.booking.com 

Di Kowloon dapat the whole apartment. Dapat masak, dapat basuh baju, dapat lah nak hidup 'lifestyle' mcm Hongkie kekekeke

Ramai org Msia yang duduk area Kowloon to be specific Tsim Sha Tsui ni sebab makanan halal amat mudah di cari. Makanan Arab, Pakistan, India -  kebab dan nasi briani ada ja. Pastu public transport pun senang. Bus dan MTR senang nak locate.
Tapi saya mencari makanan local ... so jauh sikit perjalanan ... kena ke seberang pulau, ke HK Island nu hah ...

3. Tiket berpeleseran; Disneyland, Madame Tussaud & The Peak, The House of Dancing Water
Lepas survey harga tiket di sana dan di sini saya rasa via https://www.klook.com/ ini yang terbaik. Kalau boleh tunggu "Black Friday" di bulan November punya sale lagi daebak!!! Saya dah beli awal so kelip kelip jer lah tengok harga tiket waktu sale ari tu. Jimat dalam 15% ++ tu ...
Untuk reference, setengah daripada kita beli all these tickets kat China Travel Services di airport HK. Ada juga yang beli di Star Moon Vacation di Pudu, KL dan ada juga yang beli from local HK operator waktu kat HK sana. Ada masa survey survey lah untuk dapat harga yang terbaik.

4. Tiket Boat ke Macau 
Untuk tiket boat saya beli direct from their website.  Cotai Water Jet from HK China Ferry Terminal ke Macau Taipa Ferry Terminal. Ini nak kena ingatkan, please be extra careful bila nak beli tiket sebab terminal dia agak celaru bagi saya.

Kalau dah tinggal di Kowloon, naik jerlah from terminal di Kowloon macam saya, please select HK China Ferry Terminal atau nama lainnya Kowloon China Ferry Terminal.

Kalau tinggal di HK Island bolehlah naik from Hong Kong Macau Ferry Terminal.

Jelas yer, kalau tak jelas lagi tanya yer ...

5. Itinerari secara kasar dulu yer

day 1 - arrived - dah mlm. penat. tidur
day 2 - KOWLOON - jalan2 area Avenue of Stars, TST Clock Tower, Kowloon Park, HK Heritage Discovery Centre, Ladies Market
day 3 - MACAU - Old Macau, City of Dreams, The House of Dancing Water
day 4 - MACAU - New Macau, Hard Rock, Grand Canal Shoppes
day 5 - HK ISLAND - Star Ferry Pier, Masjid Ammar, The Peak, Madame Tussaud
day 6 - LANTAU ISLAND - Citygate outlet
day 7 - LANTAU ISLAND - Disneyland HK
day 8 - balik dah

Cukup untuk ari ni. Esok kita cerita pasal tempat tinggal di HK pulak ya!

Jumpa lagi!


1 comment: