Sunday, 1 January 2017

Rahsia bercuti : tips pra bajet

9 Tips Buat Bajet Kasar Elak Stress

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun saya dan famili dah pergi travel satu dua tempat, ini pertama kali saya tulis blog.
Tak senang juga yer. Seharian saya depan komputer.

Jadi untuk post yang pertama ni saya share macamana saya mulakan perancangan percutian kami sekeluarga.

Next trip yang saya tengah plan sekarang ialah ke Gold Coast, Australia. yeaaaahhhhoooo our first negara org putih saya dan famili! can brush up my english uolls kekekeke

Macam macam blog saya visit untuk collect info; jarimanistravel, kakiberangan, kakimelancong, jijuzera etc. Saya gelar diaorg ni my inspiring blogger. Banyak ilmu saya dapat from them. Terima kasih. 

So first step - kumpul all the info masuk dlm buku nota ...hahaha old school sangat.

Bila nak pergi ni? bulan November nu hah ...jauh sepelaung lagi ... tapi excited punya pasal dah start dah planning.

Mula mula sekali sebelum kita announce kat ahli keluarga dan kawan2, kita kena lah tengok bajetnyer berapa ek... mampu ke idak ... sempat menabung ker? or banzaiii jer ....kekekeke

Untuk buat pra-bajet atau bajet kasar kita kena ada lah info-info kat bawah:


1. DESTINASI
Tentukan mana nak pergi. 
Saya dan famili nak gi australia - jom lah pergi ramai ramai

2. TUJUAN
Kenapa nak gi situ, ini membantu kita nak buat itinerari nanti. 
Anak2 saya umur remaja gitu tengah gila theme park so gold coast lah tujunya ...kan banyak theme park kat sana. Kena lah saya tinjau tinjau harga tiket ke theme park. tak murah tuuuu 

3. TARIKH & TEMPOH
Anak2 masih sekolah jadinyer hujung tahun lerrr baru ada cuti panjang. Plannya 8H7M. 

4. TIKET FLIGHT 
Survey survey lah harga berapa. Selalunya ramai kata tunggu beli waktu promosi. Saya tengah tunggu promosi lah nie naik nervous jadinya kekekeke. Last check harga tiket RM1,200.
Tip from other blog said to get cheaper flight tiket, tempah lah 6 bulan awal.

5. TEMPAT TINGGAL
Di Gold Coast ramai rakyat Malaysia yang tinggal di Surfers Paradise. Ada yang pilih hotel. Ada yang pilih apartment.
Saya kena cari apartment 2 bilik, anak2 dara saya ni prefer their own room. Malu katanya nak kongsi bilik.
Buat survey kat booking.com (my favourite) dan agoda, mak aiiii RM7,000.00 tu. Try masuk Airbnb jumpa satu rumah nie dapat RM3,129 terus book. Ini kali ke tiga saya book rumah via Airbnb. Puas dapat satu rumah, semua ada dari ke bilik, ruang tamu, tempat makan, dapur, mesin basuh, pengering, swimming pool. Lega. Tempat tinggal dah book, yang lain tunggang langgang lagi kekekeke

5. TRANSPORT 
Public transport or sewa kereta. 
Kalau sewa kereta GPS, insurance, petrol, baby/kids car seat etc. kena ambil kira.
Looking at tempat2 yang kami nak gi ...kena sewa kereta nie. 

6. LIST TEMPAT YANG NAK DILAWATI
Trip kali ni saya tak lah gi museum ke istana ke macam kat Korea tempohari. Theme park mesti. Tengok kangaroo and kaola mesti. Dan mama nak beli pinggan corelle jugak kat Brisbane kekekeke

7. MUSIM TEMPAT YANG DITUJU
uuuuiiiii kena tahu ni ... buat nyer gi Korea ke Japan ke di bulan Disember, pak cik pakai baju pagoda maunya jadi pagoda betul kat sana ...keras deng!
Saya gi Gold Coast bulan November masih musim spring ...selow selow ke musim panas, jacket satu cukup kut. Kena survey pakaian nie ...dari hujung rambut ke hujung kaki yer

7. FOOD
Saya selalu percaya di bumi allah nie, ada makanan halal cuma susah senang jer nak mencarinya. UmatNYA dimana2.
Bab ini juga sangat penting dalam buat pra-bajet. Mengikut pengalaman saya yang tak seberapa daripada kita makan kat luar (dengan nilai duit kita yang sgt memberangsangkan) masak sendiri sangat menjimatkan even masak dlm pot electric kecik tu.
Saya kalau ke destinasi sebelum ni bag makanan jer dah satu bag berat dalam 20kg jugak tapi austalia very strict with the food so ...kena survey lagi org lain buat mcm mana. kena masak jugak lah jawabnya kekekeke

*nota* kadang2 kita teringin juga nak makan local food. kimchi, sushi, dim sum - saya allocate kan jugak lah dalam bajet kekekeke

8. INTERNET
Nak kena beli sim card ke idak ke.
Ada anak remaja kena ada internet access, kalau tak ada satgi tengok depa tunjuk perangai cantik depa tu ...hentak hentak kaki bagai ...luku seround baru tau. Mama allocate kanlah juga bajet internet.

9. CURRENCY
Currency duit kita against duit tempat yang dituju
Australian dollar sekarang around 3.3
AUS$1 bersamaan RM3.30 gulp gulp gulp

Sudah ada semua info ni boleh lah kita start buat pra-bajet atau bajet kasar. 

Lepas tu, keputusan di tangan anda ...GO or NO GO

kalau GO jom lah kita start menabung  (Boss, tahun nie bonus mcm senyap sunyi jer ...BRIM boleh kut ... saya nak gi Gold Coast nie)

Next post - Buat itinerari



No comments:

Post a Comment